Sunday, 11 December 2011

Contoh pasangan bahagia

Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala
hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara
fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan
diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala
perkara.


Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...
Tiba-tiba si atuk berdiri..


Nenek : "Mahu kemana?"


Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"


Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"


Atuk : "OK .."


Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"


Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"


Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"


Atuk : "Beres .. !!"


Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan
lupa semuanya"


Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila.. strawberry
dan krimnya bukan?"


Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek
sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.


Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata..abang akan lupa
pesananku... sepatutnya ditulis dulu"


Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"


Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."

Saturday, 10 December 2011

Pakcik xsengaja nak..

Pada satu hari... seorang lelaki bernama Atan bercadang nak prgi beli rokok... oleh kerana transport die cume motor sahaja... die pown pergilah naik motor... tapi mamat ni ada satu hobi..dia suka benar bawak motor laju2 walaupun jrak kedai itu 100 meter dr umah die..maka si Atan pun memulakan pejalanan tuk ke kedai... . Sebelum keluar rumah, mak die pesan,"Atan, bawak motor baik2 mak rasa tidak sedap hati ajelah". Atan pown menjawab, "ala mak nie, Atan kan Superman, takkan ada apa2 punyo laa... lg pun Atan nak g kdai je pun, bkn jauh sgt pon." Mak die pun menjawab, "suke ati kau la Atan."


Kunci moto pun dpulas dgn gaya Superman nya. Atan brgerak dari umah tiba2, sampai d satu selekoh, seekor beruk yang entah dr mana muncul menyergah Atan. Apa lg terperanjat beruk la si AtAn tu... maka dia hilang kawalan ke atas moto nya lalu menyebabkan dia terlanggar tiang lampu berdekatan maka Atan pun jatuh terpelanting... lalu tidak sedarkan diri...


Secara kebetulan seorang pakcik lalu d jlan tersebut... pakcik itu sungguh terkejut kerana melihat seekor beruk sedang cuba mencurik helmet si Atan lalu pakcik itu menghalau beruk tersebut... tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan kerana telah di bawa lari oleh beruk itu... .


Tanpa melengahkan masa pakcik itu pun pergi kepada Atan dan memeriksa jantung dan nadi si Atan... "uih..idup lg bdak nie... "tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Atan sudah terpusing 180 darjah,makna nya dah terbalik laa... .tanpa bertanya dan berpikir apa2 pakcik itu terus membetul kan semula kepala Atan dengan menyentap balik ke 180 darjah...


Tiba2 pakcik itu mendapati Atan tidak bernafas lagi... Rupe-rupanya... korang nak tau tak Si Atan nie pakai jaket kulitnya terbalik... So memang lah kepala dia macam pusing ke belakang... Maka dengan secara tidak sengaja nya Atan mati di tangan pakcik itu...

Friday, 9 December 2011

Kisah seram di KLCC

Baik-baik bila pergi ke KLCC !! Bawa kawan dan jangan sorang-sorang. Kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC.

Pada hari tersebut (hari Khamis malam Jum’at) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian. Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. Kemudian,pintu lift terbuka tanpa ada siapa2 didalamnya. Dia masuk dan tekan tombol “G” untuk ke Ground floor.

Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas, tidak turun ke bawah. Ketika sampai di tingkat 59, lift tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka… kemudian masuklah seorang perempuan yang cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihat perempuan itu sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri di belakangnya.

Dia tertanya-tanya di dalam hatinya… “Siapa perempuan itu, dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah?” Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat ke satu tingkat.

Tiba di tingkat 13, lampu lift terpadam dan lift terhenti. Dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu rongga hidungnya. Bulu romanya tiba-tiba berdiri. Dalam keadaan yang begitu cemas dan seram, dia cuba menenangkan perasaannya dengan membaca apa sahaja ayat-ayat suci yang terlintas diingatannya sambil memberanikan diri untuk menoleh ke belakang setelah lampu lift menyala………

Kelihatan wajah perempuan itu telah berubah menjadi pucat dan riak mukanya juga kelihatan amat mencurigakan ….

Dia cuba menjerit untuk meminta pertolongan, tetapi lidahnya terasa kelu dan kakinya juga menjadi kaku untuk membuka langkah.

Tiba-tiba, perempuan misteri itu mula membuka mulut dan berkata ……..

“Maaf ya… saya terkentut tadi… abang jangan marah ya ?”