Friday, 4 November 2011

Filem Hantu bonceng saingi Transfomer 3






Filem terbitan Excellent Pictures, Hantu Bonceng melakar sejarah tersendiri apabila sambutan peminat untuk hari pembukaan, mengatasi sambutan filem aksi Hollywood, Transformers 3, dengan jumlah belian tiket keseluruhan mengatasi 95 peratus di beberapa lokasi seperti di Mesra Mall, Kerteh dan Tebrau City, Johor Bahru juga beberapa lokasi lain seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
Hantu Bonceng yang diarahkan oleh Ahmad Idham dan dibintangi oleh Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie dan Tai, ditayangkan di 80 pawagam bermula 31 Ogos yang lalu, bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.

Bagi pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, dia sendiri cukup gembira dengan sambutan yang diterima. Jelas Ahmad Idham "Melalui tinjauan di beberapa lokasi di Lembah Kelang semalam, ada juga penonton yang kecewa kerana tiket untuk Hantu Bonceng sudah habis. Dari makluman pengurus panggung, di beberapa lokasi, tiket- tiket sudah habis di waktu petang, untuk tayangan sebelah malam. Jadi bagi peminat- peminat Hantu Bonceng, saya menasihati semoga membeli tiket lebih awal atau membuat tempahan secara dalam talian."

"Kejayaan ini juga harus dikongsi bersama penonton dan peminat Hantu Bonceng, juga kepada pihak media cetak, elektronik dan media baru yang sentiasa membantu dalam mempromosikan Hantu Bonceng di ruangan surat khabar, radio, televisyen, dalam talian juga di twitter," tambah Ahmad Idham lagi.

No comments:

Post a Comment